Siapakah Hamba?
Hamba memohon hajat untuk memperkenalkan diri. Demi keamanan dan kenyamanan, hamba memohon maaf sekiranya hamba tiada berani untuk menyampaikan semua jati diri dan ada yang perlu dirahsiakan.
Nama hamba Feraldo, di dunia internet ini hamba lebih dikenal sebagai BOEDAK DOESOEN. Kini hamba hendak lulus dari SMA dan melanjutkan kuliah di ITB. Hamba bukan betul-betul anak jati Melayu. Hamba berasal dari suku Batak, tetapi karena hamba menghabiskan masa kecil di dua kota orang Melayu, iaitu Medan dan Palembang, maka hamba terasa telah jatuh hati pada kebudayaan Melayu. Hamba pula bukan Muslim, tapi karena hamba dekat dengan kaum Muslimin dan sempat belajar agama Islam, maka hamba tahu sedikit tentang Islam.
Hamba memang senang berseni tutur, seperti berpantun, membuat syair, membuat gurindam, dan membaca hikayat. Bila perlu hamba boleh pergi ke Muzium Negara Malaysia bagi mencari kepustakaan Melayu yang masih ada. Hamba pula senang menari joget dan zapin, apalagi memainkan kompang dan rebana.
Ketika masyarakat Indonesia telah tergerus modernisasi dan mula menggunakan “lu” dan “gue” sebagai kata ganti orang, hamba tetap menjaga adab dan kesantunan di tengah dunia yang canggih masa sekarang ini. Meskipun begitu, hamba pula tetap bersentuhan dengannya, iaitu melalui blog daripada laman Friendster ini.
Hendak melihat lebih banyak lagi tentang hamba? Ataukah hendak menjadi kawan? Sila berkunjung ke sini!